Halaman

Khamis, 8 Ogos 2013

Sajak Persahabatan

Persahabatan..
Pertalian yang sukar untuk dihapuskan..
Hanya diantara kita,
Pengorbanan mu tak mudah untuk aku lupakan..
Akan dikenang sampai bila-bila.
 
Sahabat,
Dirimu sukar dicari dan diganti,
Susah dan senang tak pernah ditakutkan,
Kita bersama menempuhi,
Tiada apa pun yang dapat memusnahkan..
 
Sahabat ku..
Engkau tak pernah aku abaikan,
Dirimu sentiasa ada disisi ku,
Tidak kira dimana pun berada..
Dirimu sentiasa tersemat di memoriku..
 
Wahai Sahabatku..
Gelak tawamu,
lawak mu,
sentiasa teringat dalam memoriku.
 
Walau ombak beribu kali datang menghempap,
Persahabatan kita tidak akan terputus,
Ia nya cuma terputus dalam kata-kata bicara,
Tetapi pertalian arus persahabatan tetap terus mengalir,
Tak kira apa pun halangan.

 
Sajak Direka untuk mengenang sahabatku:
Chindu, Lynda, Margeret & Helda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan